Jumaat, 26 Februari 2010

PENGENALAN

Akademi Jarum Berlian Sdn Bhd merupakan sebuah pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran yang menyediakan kursus Kemahiran latihan untuk para pelajar lepasan sekolah. Mula Beroperasi pada tahun 2001. Pemilik yang berpenglaman lebih 25 tahun dalam bidang jahitan pakaian
OBJEKTIF
* Melahirkan pelajar yang berterampilan dari segi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi persaingan di dalam bidang pekerjaan.
* Melahirkan generasi yang berkebolehan dan berwawasan dalam bidang jahitan.
* Memberi latihan secara sistematik.
* Melahirkan usahawan yang mahir dalam bidang jahitan.
* Menyediakan pekhidmatan pembelajaran yang lengkap dengan yuran pengajian yang minima.
* Melahirkan pelajar yang berkelayakan serta sijil kemahiran JPK yang diiktiraf oleh kerajaan.
KEMUDAHAN

* Kelas dan bengkel yang lengkap
* Sebuah mesin jahit untuk setiap peserta.
* Tenaga Pengajar dan sukatan pembelajaran berdasarkan standard NOSS yang ditetapkan oleh JKP
* Penginapan disediakanbdi ntingkat atas bangunan yang sama.
* Berdekatan dengan kemudahan awam

KEMUDAHAN PINJAMAN

TABUNG PINJAMAN KEMAHIRAN
( KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA )
WANG SARA DIRI RM 250.00 SEBULAN

PINJAMAN YAYASAN NEGERI TERENGGANU
WANG SARA DIRI RM 250.00 SEBULAN

UNTUK PELATIH NEGERI TERENGGANU SAHAJA :
BAYARAN BALIK 50% SAHAJA